Sunday, February 17, 2008

Lawak Jenaka

This summary is not available. Please click here to view the post.

Teknik Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.

Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)

Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Friday, February 15, 2008

Sejarah Valentine Dan Keharamannya

Assalamu `alaikum Warahmatullahi WabaraktuhAlhamdulillahi rabbil `alamin, washshalatu wassalamu `ala sayyidilmursalin, wa ba`du

Merayakan Valentine Day, Berarti Ikut Menuhankan Yesus

Di hari-hari ini, sesekali pergilah ke mall atau supermarket besar yangada di kota Anda. Lihatlah interior mall atau supermarket tersebut. Andapasti menjumpai interiornya dipenuhi pernak-pernik—apakah itu berbentukpita, bantal berbentuk hati, boneka beruang, atau rangkaian bunga—yangdidominasi dua warna: pink dan biru muda.
Dan Anda pasti mafhum, sebentar lagi kebanyakan anak-anak muda seluruhdunia akan merayakan Hari Kasih Sayang atau yang lebih tenar distilahkandengan Valentine Day.
Momentum ini sangat disukai anak-anak remaja, terutama remaja perkotaan.Karena di hari itu, 14 Februari, mereka terbiasa merayakannya bersamaorang-orang yang dicintai atau disayanginya, terutama kekasih.

ValentineDay memang berasal dari tradisi Kristen Barat, namun sekarang momentumini dirayakan di hampir semua negara, tak terkecuali negeri-negeri Islambesar seperti Indonesia.Sayangnya, tidak semua anak-anak remaja memahami dengan baik esensi dariValentine Day. Mereka menganggap perayaan ini sama saja denganperayaan-perayaan lain seperti Hari Ibu, Hari Pahlawan, dan sebagainya.Padahal kenyataannya sama sekali berbeda.Hari Ibu, Hari Pahlawan, dan semacamnya sedikit pun tidak mengandungmuatan religius. Sedangkan Valentine Day sarat dengan muatan religius,bahkan bagi orang Islam yang ikut-ikutan merayakannya, hukumnya bisamusyrik, karena merayakan Valentine Day tidak bisa tidak berarti jugaikut mengakui Yesus sebagai Tuhan. Naudzubilahi min Dzalik.

Mengapademikian?
SEJARAH VALENTINE DAYSesungguhnya, belum ada kesepakatan final di antara para sejarawantentang apa yang sebenarnya terjadi yang kemudian diperingati sebagaihari Valentine. Dalam buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, AprilMop, Hallowen: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pusaka Alkautsar, 2005),sejarah Valentine Day dikupas secara detil. Inilah salinannya:Ada banyak versi tentang asal dari perayaan Hari Valentine ini. Yangpaling populer memang kisah dari Santo Valentinus yang diyakini hiduppada masa Kaisar Claudius II yang kemudian menemui ajal pada tanggal 14Februari 269 M. Namun ini pun ada beberapa versi. Yang jelas dan tidakmemiliki silang pendapat adalah kalau kita menelisik lebih jauh lagi kedalam tradisi paganisme (dewa-dewi) Romawi Kuno, sesuatu yang dipenuhidengan legenda, mitos, dan penyembahan berhala.Menurut pandangan tradisi Roma Kuno, pertengahan bulan Februari memangsudah dikenal sebagai periode cinta dan kesuburan. Dalam tarikh kalenderAthena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahanFebruari disebut sebagai bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepadapernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.Di Roma kuno, 15 Februari dikenal sebagai hari raya Lupercalia, yangmerujuk kepada nama salah satu dewa bernama Lupercus, sang dewakesuburan. Dewa ini digambarkan sebagai laki-laki yang setengah telanjangdan berpakaian kulit kambing.Di zaman Roma Kuno, para pendeta tiap tanggal 15 Februari akan melakukanritual penyembahan kepada Dewa Lupercus dengan mempersembahkan korbanberupa kambing kepada sang dewa.Setelah itu mereka minum anggur dan akan lari-lari di jalan-jalan dalamkota Roma sambil membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuhsiapa pun yang mereka jumpai. Para perempuan muda akan berebut untukdisentuh kulit kambing itu karena mereka percaya bahwa sentuhan kulitkambing tersebut akan bisa mendatangkan kesuburan bagi mereka. Sesuatuyang sangat dibanggakan di Roma kala itu.Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa RomawiKuno yang berlangsung antara tanggal 13-18 Februari, di mana pada tanggal15 Februari mencapai puncaknya. Dua hari pertama (13-14 Februari),dipersembahkan untuk dewi cinta (Queen of Feverish Love) bernama JunoFebruata.Pada hari ini, para pemuda berkumpul dan mengundi nama-nama gadis didalam sebuah kotak. Lalu setiap pemuda dipersilakan mengambil nama secaraacak. Gadis yang namanya ke luar harus menjadi kekasihnya selama setahunpenuh untuk bersenang-senang dan menjadi obyek hiburan sang pemuda yangmemilihnya.
Keesokan harinya, 15 Februari, mereka ke kuil untuk meminta perlindunganDewa Lupercalia dari gangguan serigala. Selama upacara ini, para lelakimuda melecut gadis-gadis dengan kulit binatang. Para perempuann ituberebutan untuk bisa mendapat lecutan karena menganggap bahwa kian banyakmendapat lecutan maka mereka akan bertambah cantik dan subur.Ketika agama Kristen Katolik masuk Roma, mereka mengadopsi upacarapaganisme (berhala) ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristiani. Antaralain mereka mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor.Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I.Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus GelasiusI menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengannama Saint Valentine’s Day untuk menghormati Santo Valentine yangkebetulan meninggal pada tanggal 14 Februari.Tentang siapa sesungguhnya Santo Valentinus sendiri, seperti telahdisinggung di muka, para sejarawan masih berbeda pendapat. Saat inisekurangnya ada tiga nama Valentine yang meninggal pada 14 Februari.Seorang di antaranya dilukiskan sebagai orang yang mati pada masa Romawi.Namun ini pun tidak pernah ada penjelasan yang detil siapa sesungguhnya“St. Valentine” termaksud, juga dengan kisahnya yang tidak pernahdiketahui ujung-pangkalnya karena tiap sumber mengisahkan cerita yangberbeda.Menurut versi pertama, Kaisar Claudius II yang memerintahkan KerajaanRoma berang dan memerintahkan agar menangkap dan memenjarakan SantoValentine karena ia dengan berani menyatakan tuhannya adalah IsaAl-Masih, sembari menolak menyembah tuhan-tuhannya orang Romawi.Orang-orang yang bersimpati pada Santo Valentine lalu menulis surat danmenaruhnya di terali penjaranya.Versi kedua menceritakan, Kaisar Claudius II menganggap tentara mudabujangan lebih tabah dan kuat di dalam medan peperangan daripada orangyang menikah. Sebab itu kaisar lalu melarang para pemuda yang menjaditentara untuk menikah. Tindakan kaisar ini diam-diam mendapat tentangandari Santo Valentine dan ia secara diam-diam pula menikahkan banyakpemuda hingga ia ketahuan dan ditangkap. Kaisar Cladius memutuskanhukuman gantung bagi Santo Valentine. Eksekusi dilakukan pada tanggal 14Februari 269 M.

TRADISI KIRIM KARTU
Selain itu, tradisi mengirim kartu Valentine itu sendiri tidak ada kaitanlangsung dengan Santo Valentine. Pada tahun 1415 M, ketika Duke ofOrleans dipenjara di Tower of London, pada perayaan hari gereja mengenangSt. Valentine tanggal 14 Februari, ia mengirim puisi kepada isterinya diPerancis.Oleh Geoffrey Chaucer, penyair Inggris, peristiwa itu dikaitkannya denganmusim kawin burung-burung dalam puisinya.Lantas, bagaimana dengan ucapan “Be My Valentine?” yang sampai sekarangmasih saja terdapat di banyak kartu ucapan atau dinyatakan langsung olehpasangannya masing-masing? Ken Sweiger mengatakan kata “Valentine”berasal dari bahasa Latin yang mempunyai persamaan dengan arti: “YangMaha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini sebenarnyapada zaman Romawi Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orangRomawi.Disadari atau tidak, demikian Sweiger, jika seseorang meminta orang lainatau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itusesungguhnya kita telah terang-terangan melakukan suatu perbuatan yangdimurkai Tuhan, istilah Sweiger, karena meminta seseorang menjadi “SangMaha Kuasa” dan hal itu sama saja dengan upaya menghidupkan kembalibudaya pemujaan kepada berhala.Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi atau lelaki rupawan setengahtelanjang yang bersayap dengan panah adalah putra Nimrod “the hunter”dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia begitu rupawan sehinggadiburu banyak perempuan bahkan dikisahkan bahwa ibu kandungnya sendiripun tertarik sehingga melakukan incest dengan anak kandungnya itu!Silang sengketa siapa sesungguhnya Santo Valentine sendiri juga terjadidi dalam Gereja Katolik sendiri. Menurut gereja Katolik seperti yangditulis dalam The Catholic Encyclopedia (1908), nama Santo Valentinuspaling tidak merujuk pada tiga martir atau santo (orang suci) yangberbeda, yakni: seorang pastur di Roma, seorang uskup Interamna (modernTerni), dan seorang martir di provinsi Romawi Afrika. Koneksi antaraketiga martir ini dengan Hari Valentine juga tidak jelas.Bahkan Paus Gelasius II, pada tahun 496 menyatakan bahwa sebenarnya tidakada yang diketahui secara pasti mengenai martir-martir ini, walaudemikian Gelasius II tetap menyatakan tanggal 14 Februari tiap tahunsebagai hari raya peringatan Santo Valentinus.Ada yang mengatakan, Paus Gelasius II sengaja menetapkan hal ini untukmenandingi hari raya Lupercalia yang dirayakan pada tanggal 15 Februari.Sisa-sisa kerangka yang digali dari makam Santo Hyppolytus di ViaTibertinus dekat Roma, diidentifikasikan sebagai jenazah St. Valentinus.Jenazah itu kemudian ditaruh dalam sebuah peti emas dan dikirim ke GerejaWhitefriar Street Carmelite Church di Dublin, Irlandia. Jenazah ini telahdiberikan kepada mereka oleh Paus Gregorius XVI pada 1836.
Banyak wisatawan sekarang yang berziarah ke gereja ini pada hariValentine, di mana peti emas diarak dalam sebuah prosesi khusyuk dandibawa ke sebuah altar tinggi di dalam gereja. Pada hari itu, sebuah misakhusus diadakan dan dipersembahkan kepada para muda-mudi dan mereka yangsedang menjalin hubungan cinta. Hari raya ini dihapus dari kalendergerejawi pada tahun 1969 dengan alasan sebagai bagian dari sebuah usahagereja yang lebih luas untuk menghapus santo dan santa yangasal-muasalnya tidak bisa dipertanggungjawabkan karena hanya berdasarkanmitos atau legenda. Namun walau demikian, misa ini sampai sekarang masihdirayakan oleh kelompok-kelompok gereja tertentu.Jelas sudah, Hari Valentine sesungguhnya berasal dari mitos dan legendazaman Romawi Kuno di mana masih berlaku kepercayaan paganisme(penyembahan berhala). Gereja Katolik sendiri tidak bisa menyepakatisiapa sesungguhnya Santo Valentine yang dianggap menjadi martir padatanggal 14 Februari. Walau demikian, perayaan ini pernah diperingatisecara resmi Gereja Whitefriar Street Carmelite Church di Dublin,Irlandia dan dilarang secara resmi pada tahun 1969. Beberapa kelompokgereja Katolik masih menyelenggarakan peringatan ini tiap tahunnya.

KEPENTINGAN BISNIS
Kalau pun Hari Valentine masih dihidup-hidupkan hingga sekarang, bahkanada kesan kian meriah, itu tidak lain dari upaya para pengusaha yangbergerak di bidang pencetakan kartu ucapan, pengusaha hotel, pengusahabunga, pengusaha penyelenggara acara, dan sejumlah pengusaha lain yangtelah meraup keuntungan sangat besar dari event itu.Mereka sengaja, lewat kekuatan promosi dan marketingnya, meniup-niupkanHari Valentine Day sebagai hari khusus yang sangat spesial bagi orangyang dikasihi, agar dagangan mereka laku dan mereka mendapat laba yangamat sangat besar. Inilah apa yang sering disebut oleh para sosiologsebagai industrialisasi agama, di mana perayaan agama oleh kapitalisdibelokkan menjadi perayaan bisnis.

PESTA KEMAKSIATAN
Christendom adalah sebutan lain untuk tanah-tanah atau negeri-negeriKristen di Barat. Awalnya hanya merujuk pada daratan Kristen Eropaseperti Inggris, Perancis, Belanda, Jerman, dan sebagainya, namun dewasaini juga merambah ke daratan Amerika.Orang biasanya mengira perayaan Hari Valentine berasal dari Amerika.Namun sejarah menyatakan bahwa perayaan Hari Valentine sesungguhnyaberasal dari Inggris. Di abad ke-19, Kerajaan Inggris masih menjajahwilayah Amerika Utara. Kebudayaan Kerajaan inggris ini kemudian diimporoleh daerah koloninya di Amerika Utara.Di Amerika, kartu Valentine pertama yang diproduksi secara massal dicetaksetelah tahun 1847 oleh Esther A. Howland (1828 – 1904) dari Worcester,Massachusetts. Ayahnya memiliki sebuah toko buku dan toko peralatankantor yang besar. Mr. Howland mendapat ilham untuk memproduksi kartu diAmerika dari sebuah kartu Valentine Inggris yang ia terima. Upayanya inikemudian diikuti oleh pengusaha-pengusaha lainnya hingga kini.Sejak tahun 2001, The Greeting Card Association (Asosiasi Kartu UcapanAS) tiap tahun mengeluarkan penghargaan "Esther Howland Award for aGreeting Card Visionary" kepada perusahaan pencetak kartu terbaik.Sejak Howland memproduksi kartu ucapan Happy Valentine di Amerika,produksi kartu dibuat secara massal di selutuh dunia. The Greeting CardAssociation memperkirakan bahwa di seluruh dunia, sekitar satu milyarkartu Valentine dikirimkan per tahun. Ini adalah hari raya terbesar keduasetelah Natal dan Tahun Baru (Merry Christmast and The Happy New Year),di mana kartu-kartu ucapan dikirimkan. Asosiasi yang sama jugamemperkirakan bahwa para perempuanlah yang membeli kurang lebih 85% darisemua kartu valentine.Mulai pada paruh kedua abad ke-20, tradisi bertukaran kartu di Amerikamengalami diversifikasi. Kartu ucapan yang tadinya memegang titiksentral, sekarang hanya sebagai pengiring dari hadiah yang lebih besar.Hal ini sering dilakukan pria kepada perempuan. Hadiah-hadiahnya bisaberupa bunga mawar dan coklat. Mulai tahun 1980-an, industri berlianmulai mempromosikan hari Valentine sebagai sebuah kesempatan untukmemberikan perhiasan kepada perempuan pilihan.Di Amerika Serikat dan beberapa negara Barat, sebuah kencan pada hariValentine sering ditafsirkan sebagai permulaan dari suatu hubungan yangserius. Ini membuat perayaan Valentine di sana lebih bersifat ‘dating’yang sering di akhiri dengan tidur bareng (perzinaan) ketimbangpengungkapan rasa kasih sayang dari anak ke orangtua, ke guru, dansebagainya yang tulus dan tidak disertai kontak fisik. Inilahsesungguhnya esensi dari Valentine Day.Perayaan Valentine Day di negara-negara Barat umumnya dipersepsikansebagai hari di mana pasangan-pasangan kencan boleh melakukan apa saja,sesuatu yang lumrah di negara-negara Barat, sepanjang malam itu. Malah diberbagai hotel diselenggarakan aneka lomba dan acara yang berakhir dimasing-masing kamar yang diisi sepasang manusia berlainan jenis. Ini yangdianggap wajar, belum lagi party-party yang lebih bersifat tertutup danmenjijikan.

IKUT MENGAKUI YESUS SEBAGAI TUHAN
Tiap tahun menjelang bulan Februari, banyak remaja Indonesia yangnotabene mengaku beragama Islam ikut-ikutan sibuk mempersiapkan perayaanValentine. Walau sudah banyak di antaranya yang mendengar bahwa ValentineDay adalah salah satu hari raya umat Kristiani yang mengandungnilai-nilai akidah Kristen, namun hal ini tidak terlalu dipusingkanmereka. “Ah, aku kan ngerayaain Valentine buat fun-fun aja…, ” demikianbanyak remaja Islam bersikap. Bisakah dibenarkan sikap dan pandanganseperti itu?Perayaan Hari Valentine memuat sejumlah pengakuan atas klaim dogma danideologi Kristiani seperti mengakui “Yesus sebagai Anak Tuhan” dan lainsebagainya. Merayakan Valentine Day berarti pula secara langsung atautidak, ikut mengakui kebenaran atas dogma dan ideologi Kristianitersebut, apa pun alasanya.Nah, jika ada seorang Muslim yang ikut-ikutan merayakan Hari Valentine,maka diakuinya atau tidak, ia juga ikut-ikutan menerima pandangan yangmengatakan bahwa “Yesus sebagai Anak Tuhan” dan sebagainya yang di dalamIslam sesungguhnya sudah termasuk dalam perbuatan musyrik, menyekutukanAllah SWT, suatu perbuatan yang tidak akan mendapat ampunan dari AllahSWT. Naudzubillahi min dzalik!“Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut, ”Demikian bunyi hadits Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tirmidzi.Ibnul Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah juga berkata, “Memberi selamat atasacara ritual orang kafir yang khusus bagi mereka, telah disepakati bahwaperbuatan tersebut haram. Semisal memberi selamat atas hari raya danpuasa mereka, dengan mengucapkan, “Selamat hari raya!” dan sejenisnya.Bagi yang mengucapkannya, kalau pun tidak sampai pada kekafiran, palingtidak itu merupakan perbuatan haram. Berarti ia telah memberi selamatatas perbuatan mereka yang menyekutukan Allah. Bahkan perbuatan tersebutlebih besar dosanya di sisi Allah dan lebih dimurkai dari pada memberiselamat atas perbuatan minum khamar atau membunuh. Banyak orang yangkurang mengerti agama terjerumus dalam suatu perbuatan tanpa menyadariburuknya perbuatan tersebut. Ia telah menyiapkan diri untuk mendapatkankemarahan dan kemurkaan Allah. ”Allah SWT sendiri di dalam Qur’an surat Al-Maidah ayat 51 melarang umatIslam untuk meniru-niru atau meneladani kaum Yahudi dan Nasrani, “Haiorang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi danNasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpinbagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil merekamenjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

"Wallahu'alam bishawab.Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

''Tidak semua yang kita anggap baik bagus untuk kitatetapi yang kita anggap jelek malah bagus untuk kita''

Bacalah Yasin

BACALAH YAASIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

‘‘Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!”

‘‘Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!”

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidakakan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini,tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti manakemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utaratanah air.Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelahmembaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenaikehidupan seorang ibu yang terbiar.Kehadiran surat Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi.Kisah Adi akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargaiibu juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiadatandingannya di dunia ini.

Begini kisah Adi: “Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an.Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwinselama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan duaperempuan.“Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapatanugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas,malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.“Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibutinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung.“Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab keatas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir denganrumah ibu untuk menjaganya.“Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar,manakala saya merupakan anak kampung sejati.“Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentumengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekokdengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.“Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut sayatinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serbamoden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.“Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepasdua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji,sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknyahanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.“Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, sayatidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancanganasal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetapkeseorangan.“Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sanaalasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung.“Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibusaya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanyakhabar.“Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidakbersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macamlagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggangdari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memangjika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasansudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.“Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakitjantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhandi sekolah, yang perempuan pula sangat lembam dalam pelajaran. Anak-anakyang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidakada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wangringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.“Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantaranak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehinggasaya tidak ada masa untuk ibu sendiri.“Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwahbapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwahbapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malamberturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjaditakut.“Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Sertamerta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangissemahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikantanggungjawab sebagai anak.“Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allahkepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalahkepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidakmenjaga ibu?“Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampundaripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat.“Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Sayajelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteridan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Sayakatakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yangmengabai dan menghina ibu saya.“Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama padamalam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteridan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segalahal.“Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutinharian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokongtindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutamakesihatannya.“Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkanseorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah.“Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulanrumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelasmengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibuuntuk dibawa pulang.“Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti sayamenghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktukerja pada masa lalu.“Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak bolehbuat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dansayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.“Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebuskesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini.“Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkandosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati sayauntuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini sayabersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagaianak terhadap ibu. Alhamdulillah...’’ begitu Adi menutup kisahnya.Dalam air mata yang masih bergenang di kelopak saya membaca kisah Adiberulang kali. Terasa amat sebak di dada. Termenung panjang sayamengenangkan keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dankesilapannya terhadap ibu tersayang.Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa merekacepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibubapa. Hargailah mereka.Menutup kata: Keindahan adalah budi pekerti. Kebaikan adalah kebajikan dankeluhuran budi dan keelokkan itu adalah cara bagaimana kita bermain denganakal. Salam.

Misteri : Di mana bahtera Nabi Nuh

Misteri : Di mana bahtera Nabi Nuh

Saintis mendakwa temui Bahtera Nabi Nuh AS terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki!
Ia dipercayai berada di bawah timbunan salji tebal yang menutupi banjaran gunung agam di timur Turki, dan dipercayai tersembunyi selama lebih 4,000 tahun.
Ramai pihak terutama pengkaji arkeologi cuba mendaki gunung digelar Gunung Kesengsaraan itu untuk membongkar rahsia besar berkenaan akan tetapi kebanyakan mereka hanya menemui ajal sekali gus membantutkan usaha membongkar misteri itu.
Sehingga kini, dipercayai segelintir pendaki saja yang berjaya sampai ke puncak gunung yang lebih dikenali Gunung Ararat dan peluang keemasan itu didakwa menemukan mereka dengan beberapa artifak purba yang amat berharga!
Setelah mengharungi pelbagai dugaan dan halangan yang selalunya membawa maut seperti dialami kebanyakan pendaki lain, di hadapan pandangan mereka tertera kapal atau bahtera besar yang berada di puncak gunung!
Iamerupakan sesuatu yang aneh lagi membingungkan - bagaimana mungkin sebuah kapal yang sepatutnya terapung di lautan, boleh tersadai di puncak gunung bersalji setinggi 5,165 meter? Dan ramai pengkaji percaya di puncak gunung itulah mendaratnya bahtera Nabi Nuh AS dan kisah sejarah besar itu dikatakan diceritakan dalam kitab tiga agama samawi iaitu al-Quran (Islam), Injil (Kristian) dan Taurat (Yahudi).
Allah SWT berfirman dalam al-Quran menerusi surah al-A’raaf, ayat ke-64: Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).
Sinopsis kisah pengorbanan dan dakwah Nabi Nuh bermula apabila kaumnya enggan mengesakan Allah walaupun Tuhan sudah memberikan mereka pelbagai nikmat dan harta. Baginda berdakwah kepada kaumnya tidak kira siang dan malam, sama ada secara terang-terangan atau secara diam tetapi kaumnya memperlekehkannya, menutup telinga dan tetap enggan mengesakan Allah.
Keangkuhan dan kekufuran umat Nabi Nuh menyebabkan Allah akhirnya memerintahkan rasul itu membina kapal di satu kawasan tinggi sehingga kaumnya menyangka yang baginda gila kerana membina bahtera yang jauh daripada lautan dan di tempat tinggi.
Allah kemudian menurunkan hujan yang amat lebat sehingga mengakibatkan banjir paling besar dan menenggelamkan serta mengorbankan umat Nabi Nuh yang ingkar kecuali orang beriman yang juga pengikut rasul itu yang sempat menaiki bahtera berkenaan.
Dan ia dicatatkan dan difirmankan Allah dalam ayat 25, surah Nuh: “Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain Allah.
Selepas itu, hujan pun reda dan banjir itu pun surut dan kapal berkenaan akhirnya berlabuh di suatu kawasan seterusnya bermulalah misteri di kalangan pengkaji agama, ahli arkeologi serta pihak berkaitan dalam mencari di manakah lokasi bahtera itu berada ketika ini.
Kajian awal kisah rasul itu mendapati Bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi dan ramai pihak mengatakan lokasi itu adalah sebahagian daripada Banjaran Ararat. Kiraan ahli astronomi secara berkomputer pula menganggarkan Nabi Nuh AS mula membina bahteranya pada 2465 Sebelum Masihi (SM) dan hujan mula berlaku pada 2345 SM.
Usaha pencarian Bahtera Nabi Nuh ini juga pernah dilakukan Maharaja Russia, Tsar Nicholas II pada 1917 dengan menghantar 150 pakar pelbagai bidang terdiri daripada jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik bahtera itu.
Keadaan muka bumi Gunung Ararat yang kawasannya diseliputi salji seluas 44 kilometer persegi dan setebal 90 meter serta ketulan ais sentiasa menggelungsur menyebabkan kumpulan itu mengambil masa sebulan untuk sampai ke puncak seterusnya mendakwa menemui bahtera itu. Banyak bukti mengenainya dikumpul, termasuk gambarnya tetapi Perang Bolshevik di Russia menyebabkan bukti berkenaan hilang sehingga kini.
Dakwaan penemuan terbaru adalah pada pertengahan 2004 apabila sekumpulan saintis bersama seorang ahli perniagaan, Daniel McGivern, menyatakan mereka berjaya menemui objek yang mempunyai ciri menyerupai bahtera Nabi Nuh, terbenam dalam salji di puncak Gunung Ararat.
Cuaca panas tahun itu menyebabkan salji cair dan membolehkan satelit merakamkan gambar berkenaan. Daniel ketika itu menyatakan, berdasarkan imej yang diperoleh, dia yakin 98 peratus bahawa imej itu adalah Bahtera Nabi Nuh.
Malangnya, usaha mereka untuk meneruskan ekspedisi mendaki Gunung Ararat diketuai seorang profesor dari Turki tidak dapat diteruskan apabila gagal mendapat kebenaran kerajaan berikutan Gunung Ararat termasuk kawasan bahaya dan zon perang.
Sehingga kini, kedudukan dan rupa sebenar Bahtera Nabi Nuh AS terus kekal rahsia dan masih belum mampu dibawa keluar dan dipertontonkan kepada umum. Ia terus menjadi misteri yang akan kekal entah sampai bila.

INFOBahtera Nabi Nuh

Sebahagian kapal berkenaan dikatakan sudah tenggelam diliputi salji dan bahagian yang masih kelihatan dipercayai berukuran 137.2 meter (m) panjang, 22.86m lebar dan 13.72m tinggi.
Dianggarkan 9,000 hingga 13,000 pokok kayu balak digunakan untuk membina bahtera seberat 4,100 tan itu.
Rupa bentuk Bahtera Nabi Nuh dikatakan berbentuk seakan kotak kasut.
Mengikut kajian seorang penyelidik dikenali Dr Whitcomb, dianggarkan 3,700 mamalia, 8,600 jenis spesies burung, 6,300 spesies reptilia, 2,500 jenis amfibia menaiki bahtera itu. Berat muatan bahtera pula dianggarkan 24,300 tan.

Bahaya Kartun Pokemon!!

Dengar sahaja nama diatas, tentunya ramai yang kenal dengan watak kartun tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, nama diatas merupakan sebahagian daripada watak kartun pokemon. Sedarkah kita akan maksud Pokemon dan maksud nama-nama watak kartun di dalam cerita tersebut? Baru-baru ini, pihak Darul Nu'man telah menerima E-mail dari salah seorang yang bertanya tentang kemusykilan kartun Pokemon. Berikut adalah kandungan E-mail tersebut.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum...........
Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).
contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..
Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat. Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.
Thanks and Best Regards,
B.Regards Agus
Port Operation.

JAWAPAN TERHADAP PENAFIAN MUFTI BAHAWA KAYU KOKKA BERKHASIAT

JAWAPAN TERHADAP PENAFIAN MUFTI BAHAWA KAYU KOKKA BERKHASIAT&DAKWAAN LEBIH KEPADA MOTIF PERNIAGAANBERITA HARIAN - 28 November 2006. m/s 4&HARIAN METRO - 5 Januari 2007 m/s V4.
Tiada dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu diperbuat daripada kayu Kokka, namun tiada juga dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu tidak diperbuat daripada kayu Kokka. Tiada juga dalil sahih yang menyatakan tongkat dan bahtera tersebut diperbuat daripada jenis kayu jati, cengal, berlian, balak dan sebagainya.
Di dalam sebuah artikel muka penuh Berita Harian bertarikh 31 Disember 2005 menyatakan, menurut fakta & sumber hasil kajian arkeologi bahawa Bahtera Nabi Nuh atau Noah Ark's itu diperbuat daripada kayu jenis Kokka (Gopher) yang sukar ditemui. Kayu tersebut juga menjadi bahan utama membuat bahtera dan ketahanannya menghadapi pelbagai keadaan cuaca dan alam semula jadi. Keputusan ujian makmal pada Jun 1987, membuktikan ia mengandungi logam & fosil (tinggalan tumbuhan atau haiwan dalam kerak bumi yang wujud semenjak dari zaman geologi lalu). Penemuan Dr Ronald Eldon Wyatt mendakwa menemui dan membuktikan kewujudan bahtera Nabi Nuh dengan menggunakan radar Geophysical Survey Systems Incoparated (GSSI).
Ramai telah menggunakan kayu Kokka dan merasai keberkesanannya. Ada segelintir yang menggunakan kayu Kokka dan tidak merasai keberkesanannya. Ada juga yang menggunakan kayu Kokka namun tidak menyedari keberkesanannya. Ada dikalangan mereka yang tidak menggunakan kayu Kokka kerana tidak tahu mengenainya. Samada ia berkesan atau tidak, semua bergantung kepada amalan individu tersebut disertai keizinan dari Allah SWT dan bukan kerana kepercayaan bahawa kayu Kokka itu berkhasiat semata-mata. Ini semua telah terbukti menurut pengalaman si pemakai.
Nabi Musa as. memiliki mukjizat dan tongkat beliau juga adalah mukjizat disebabkan beliau adalah seorang Rasul. Bagi manusia biasa, kita mempercayai bahawa kayu Kokka mempunyai kelebihan yakni bukanlah mukjizat. Kita juga sedia maklum bahawa manusia biasa tidak memiliki mukjizat namun dengan amalan kita dan gandingan kelebihan yang ada pada kayu Kokka disertai dengan keizinan Allah SWT yang akan membuahkan keberkesanannya.
Allah SWT jualah Pemilik kuasa yang mutlak di atas segalanya.
Adalah wajar jika penjualan kayu Kokka yang berleluasa pada masa kini dikawal. Tidak dinafikan ada peniaga mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita yang tidak boleh diterima akal mengenai kelebihan kayu Kokka. Ianya boleh menyebabkan ramai orang keliru dan tertipu serta menyebabkan penyelewengan aqidah kerana tidak mendapat penerangan dan pemahaman yang jelas tentang definisi penggunaannya.

FIKRAH : SAINS & ISLAM

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera buat semua.. Saya sedang menyiapkan posting bahagian akhir Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan fokus terhadap perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Siti A'isyah r.a. InsyaAllah sebaik siap, saya akan muatkan di sini. Di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang di petik dari www.mkmm.blogspot.com. Ceritanya agak menarik dan boleh di baca di bawah. Siapa penulis asalnya tidak dinyatakan, semoga Allah melimpahkan Rahmat ke atasnya di atas hasil usahanya ini. Amin..

FIKRAH : SAINS & ISLAM
Di sebuah institut pendidikan:Dalam usaha untuk menunjukkan bahawa mereka itu berilmu, tetapi berakhir dengan mereka memperbodohkan diri sendiri ..
."MARI SAYA JELASKAN masalah sains tentang Tuhan.
" Seorang professor filosofi yang atheis berkata dalam kelasnya dan kemudian meminta salah seorang pelajarnya agar berdiri.
"Adakah kamu seorang muslim?
""Ya,"
"Jadi kamu percaya pada Tuhan? ...."
"Sudah tentu."
"Adakah Tuhan baik?"
"Ya! Tuhan baik."
"Adakah Tuhan Maha Berkuasa? Bolehkah Tuhan melakukan segala-galanya? "
"Ya."
Professor tersebut mengerutkan kening dan merenung untuk seketika.
"Satu soalan untuk kamu. Katakan terdapat seorang yang sedang sakit di sini dan kamu boleh menyembuhkannya. Adakah kamu akan menolongnya? Adakah kamu akan mencubanya?"
"Ya, saya akan menolongnya. "
"Jadi kamu adalah baik...!"
"Saya tidak beranggapan begitu."
"Kenapa tidak beranggapan begitu? Kamu mahu menolong orang yang sakit dan berusaha untuk menyembuhkannya malah kita semua akan melakukannya jika kita mampu... Tuhan tidak.
"[Tiada jawapan]"
Dia tidak akan menolongnya, betul tak? Abang saya seorang muslim yang mati akibat penyakit kanser walaupun beliau sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk menyembuhkannya. Bagaimana boleh dikatakan Tuhan itu baik? Hmmm? Boleh kamu menjawabnya?
"[Tiada jawapan]"
Tidak, kamu tidak dapat menjawabnya, betul tak?"Beliau menghirup seteguk air dari cawannya yang terletak di atas meja untuk memberi masa kepada pelajarnya untuk relaks. Dalam bidang filosofi, kita hendaklah memberi ketenangan kepada pelajar baru.
"Mari kita mulakan sekali lagi."
"Adakah Tuhan baik?"
"Er... Ya."
"Adakah syaitan baik?"
"Tidak."
"Dari mana syaitan datang?
"Pelajarnya kelihatan gelisah.
"Dari... Tuhan..."
"Betul. Tuhan menciptakan syaitan."
Lelaki yang lebih dewasa itu menghuraikan rambutnya dengan jarinya yang halus dan kemudian berpaling ke arah pelajarnya.
"Saya rasa kita akan merasa lebih seronok pada semester ini, tuan-tuan dan puan-puan." Kemudian beliau berpaling kepada penuntut muslim.
"Beritahu saya, anakku. Adakah terdapat kejahatan di dalam dunia ini?"
"Ya."
"Kejahatan berada di mana-mana, betul tak? Adakah Tuhan menciptakan segala-galanya? "
"Ya."
"Siapa mencipta kejahatan?
"[Tiada jawapan]
"Adakah terdapat penyakit di dunia ini? Tidak bermoral? Kebencian? Kejelekan? Kesemua yang buruk - adakah ia wujud di dunia ini?"
Dalam keadaan mengeliat para pelajar menjawab.
"Ya."
"Siapa yang menciptanya?
"[Tiada jawapan]
Tiba-tiba professor menjerit ke arah pelajarnya. "SIAPA YANG MENCIPTANYA? TOLONG, BERITAHU KEPADA SAYA!"
Professor merapatkan dirinya menghampiri pelajar muslim tersebut sambil berbisik kepadanya
" "Tuhan mencipta kesemua kejahatan, betul tak, wahai anakku?"
[Tiada jawapan]
Pelajar tersebut cuba bertenang, mengalami kekeliruan dan kekecewaan. Tiba-tiba pensyarah tersebut bergegas ke hadapan kelas seperti seekor kumbang. Keadaan kelas tersebut seperti terpukau.
"Katakan kepada saya,"
beliau meneruskan kata-katanya,
"Bagaimanakah Tuhan boleh dikatakan baik, jika Dia mencipta kesemua kejahatan pada setiap masa?"
Professor tersebut memusingkan tangannya untuk menunjukkan kejahatan di seluruh dunia. "Semua kebencian, keganasan, kesemua kesakitan, penyiksaan, kematian dan keburukan dan penderitaan yang diciptakan oleh Tuhan yang baik ini diseluruh dunia, tidakkah begitu, wahai anak muda?"
[Tiada jawapan]"
Tidakkah kamu melihatnya di seluruh dunia? Huh?
"Berhenti."Tidakkah kamu melihatnya?"
Professor membongkok ke arah pelajar tersebut dan berbisik lagi,
"Adakah Tuhan baik?"
[Tiada jawapan]
"Adakah kamu percaya kepada Tuhan, anakku?"
Dengan tegas pelajar tersebut menjawab:
"Ya, professor. Saya percaya."
Lelaki yang berusia itu mengeleng kepalanya kesedihan.
"Menurut sains kita memiliki lima pancaindera yang kita gunakan untuk mengenalpasti dan memerhati dunia di sekeliling kita. Pernahkah kamu melihat Tuhan?"
"Tidak. Saya tidak pernah melihat-Nya. "
"Kalau begitu, beritahu kepada kami jika kamu pernah mendengar Tuhan?"
"Tidak. Saya tidak pernah mendengar-Nya. "
"Pernahkah kamu menyentuh Tuhan kamu, merasa Tuhan kamu atau menghidu bau-Nya ... dalam kata lain, pernahkah mempunyai apa-apa persepsi dari segi deria tentang Tuhan kamu?"
[Tiada jawapan]
"Tolong jawab soalan saya."
"Tidak, Saya rasa saya tidak pernah."
"Awak RASA... awak tidak pernah?"
"Tidak."
"Tetapi awak masih mempercayai- Nya?"
"... ya..."
"Itu memerlukan KEIMANAN!"
Professor tersebut tersenyum sinis.
"Menurut dasar protokol empirical, testable, demonstrable, sains berkata Tuhan kamu tidak wujud. Apakah pendapat kamu, anakku? Di manakah Tuhan kamu sekarang?"
[Pelajar tersebut tidak menjawab]
"Sila duduk."
Budak muslim tersebut duduk... Terasa kalah. Tiba-tiba seorang lagi pelajar muslim mengangkat tangannya.
"Professor, bolehkah saya bercakap kepada kelas ini?"
Professor menoleh kepadanya dan tersenyum.
"Ah, seorang lagi pelajar muslim! Silakan, silakan. Bercakaplah dengan penuh bijaksana kepada kelas ini."
Pelajar muslim tersebut melihat sekeliling kelas.
"Tuan telah mengatakan beberapa fakta yang menarik. Sekarang saya mempunyai beberapa soalan untuk tuan. Wujudkah sesuatu yang dinamakan panas?"
"Ya," jawab professor.
"Panas memang wujud."
"Wujudkah sesuatu yang dinamakan sejuk?"
"Ya, anakku, sejukpun ada."
"Tidak, sejuk tidak wujud."
Professor mengerut kehairanan.
"Bilik ini tiba-tiba menjadi sejuk,"
sambung muslim kedua itu.
"Kamu boleh mendapat seberapa tinggi kepanasan, malah kepanasan yang lebih tinggi lagi, kepanasan yang super, kepanasan yang mega, kepanasan putih, sedikit kepanasan atau tiada kepanasan langsung tetapi kita tidak memiliki sesuatu yang dinamakan sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah di bawah kosong, yang mana ia tidak ada kepanasan, tetapi kita tidak boleh pergi lebih rendah daripada itu. Maka tidak wujud sesuatu yang dinamakan sejuk, kalau tidak kita boleh pergi lebih sejuk dari 458 - -
Tuan lihat, sejuk hanyalah satu perkataan yang kita gunakan untuk menjelaskan ketiadaan kepanasan. Kita tidak boleh mengukur sejuk. Kita boleh mengukur kepanasan menurut unit thermal kerana kepanasan adalah tenaga. Sejuk bukanlah lawan kepada panas, tetapi ketiadaannya.
"Diam.
Satu pin telah terjatuh dalam kelas tersebut.
"Wujudkah sesuatu yang dinamakan kegelapan, professor?"
"Itu satu soalan yang bodoh. Apakah malam jika tiada kegelapan? Apakah maksud kamu...?"
"Jadi tuan kata kegelapan itu wujud?"
"Ya..."
"Tuan tersalah lagi, Kegelapan tidak wujud. Adakalanya, ia adalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh mendapat cahaya rendah, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilauan tetapi jika kita tidak mendapat cahaya maka kita tidak mendapat sesuatupun dan ia dinamakan kegelapan, betul tak? Itulah maksud yang kita gunakan untuk menjelaskan perkataan. Dalam realitinya, kegelapan tidak wujud. Jika ia wujud maka tuan pasti boleh membuatkan kegelapan itu lebih gelap dan memberikan kepada saya satu jug kegelapan. Bolehkah tuan memberi saya satu jug kegelapan, professor?"
Disamping dirinya, professor tersebut tersenyum ke arah pemuda di hadapannya. Ini pasti membuatkan semester ini lebih baik.
"Bolehkah kamu nyatakan apakah maksud kamu, wahai anak muda?"
"Ya professor. Apa yang saya maksudkan ialah, pandangan filosofi tuan amat meleset dan kesimpulan tuan adalah silap..."
Professor agak meradang.
"Meleset...? Tergamak kamu...!"
"Tuan, boleh saya menjelaskan apa yang saya maksudkan?"
Seluruh kelas memasang telinga.
"Jelas... oh, jelaskan..."
Professor berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal keadaan.Tiba-tiba dia berlagak sopan. Beliau melambaikan tangannya untuk meminta seluruh kelas agar diam bagi membolehkan pelajar tersebut meneruskan penjelasannya.
"Tuan bekerja di atas premis dualiti," jelas pelajar muslim tersebut.
"Untuk itu sebagai contoh terdapat kehidupan dan terdapat kematian; Tuhan yang baik dan Tuhan yang jahat. Tuan melihat konsep Tuhan sebagai sesuatu yang terbatas. Adakalanya kita boleh mengukur. Tuan, sains tidak boleh menjelaskan pemikiran. Ia menggunakan tenaga eletrik dan magnetisme tetapi tidak pernah melihatnya, apalagi untuk memahaminya. Untuk melihat kematian sebagai lawan kepada kehidupan ialah untuk menafikan bahawa kematian tidak boleh wujud sebagai sesuatu yang substantif."
"Kematian bukanlah lawan kepada kehidupan, tetapi hanya ketiadaannya. "
Anak muda tersebut mengangkat akhbar yang beliau keluarkan dari meja temannya yang sedang membacanya.
"Di sini adalah akhbar tabloid yang paling teruk yang dikeluarkan oleh negara ini, professor. Adakah wujud sesuatu yang tidak bermoral?"
"Sudah tentu ada, sekarang lihat..."
"Salah lagi, tuan. Tuan lihat, tidak bermoral berlaku hasil dari kehilangan moraliti. Adakah sesuatu yang dinamakan ketidakadilan? Tidak. Ketidakadilan berlaku kerana tidak wujud keadilan. Wujudkah kejahatan? Pemuda muslim itu berhenti sementara.
"Tidakkah kejahatan itu akibat dari hilangnya kebaikan?"
Muka professor tersebut bertukar kemerahan. Beliau begitu marah sehinga tidak terkata.Pemuda muslim meneruskan kata-katanya.
"Jika sekiranya terdapat kejahatan di dunia ini, professor, dan kita semua mengakuinya, maka Tuhan, jika Dia wujud, pasti menyempurnakan kerja melalui agensi kejahatan. Apakah pekerjaan tersebut, yang disempurnakan oleh Tuhan? Islam memberitahu kita untuk memilih samada kebaikan atau kejahatan."
Professor tersebut bertegas.
"Sebagai seorang saintis filosofi, saya tidak melihat soal tersebut mempunyai kaitan dengan membuat pilihan; sebagai seorang yang realistik, saya langsung tidak menerima konsep ketuhanan atau mana-mana faktor theologikal sebagai sebahagian dari masalah dunia kerana Tuhan tidak dapat dilihat."
"Saya berpendapat bahawa ketiadaan kod moral Tuhan di dunia ini mungkin salah satu daripada fenomena pemerhatian yang berlaku," jawab pemuda muslim itu.
"Akhbar mendapat keuntungan berbillion dollar melaporkannya setiap hari! Beritahu saya, professor. Adakah tuan mengajar penuntut tuan bahawa mereka berasal dari monyet?"
"Kalau kamu merujuk kepada proses evolusionari semula jadi, anak muda, Ya! saya mengajarnya. "
"Pernahkah tuan melihat evolusi dengan mata tuan sendiri?"
Professor mengeluarkan bunyi dengan mengacip gigi dan merenung ke arah pelajar tersebut.
"Professor, Oleh kerana tiada siapa yang pernah melihat proses evolusi dan ianya tidak dapat dibuktikan bahawa proses tersebut pernah berlaku, maka professor bukan mengajar tetapi memberi pendapat? Kalau begitu, bermakna professor bukan seorang saintis tetapi seorang padri?"
"Saya tidak akan mengambil kira kebiadapan awak dalam cahaya perbincangan filosofi kita. Sudahkah awak selesai?" kata professor tersebut.
"Jadi kamu tidak menerima kod moral Tuhan berhubung kait dengan kebenaran?"
"Saya percaya kepada apa yang ada dalam ilmu sains."
"Ahh! SAINS!" pemuda muslim itu mengerutkan wajahnya.
"Tuan, tuan telah berkata bahawa sains adalah satu kajian dalam memerhati fenomena. Sains juga adalah satu premis yang meleset..."
"SAINS MELESET...?" Tanya professor.
Keadaan kelas tersebut menjadi riuh rendah. Pemuda muslim tersebut masih berdiri.
"Untuk meneruskan fakta yang yang tuan berikan kepada kami sebelum ini, izinkan saya membawa satu contoh tentang apa yang saya maksudkan."
Professor tersebut terdiam dan pemuda muslim itu melihat di sekeliling kelas.
"Pernahkah sesiapa di dalam kelas ini melihat angin, Oksigen, molekul, atom, otak professor?"
Seluruh pelajar tergelak. Pemuda muslim menunjuk ke arah professornya.
"Pernahkah sesiapa di sini yang pernah mendengar otak professor... merasa otak professor, menyentuh otak professor atau menghidunya? "
"Ternyata tiada seorangpun yang pernah melakukannya. Pemuda muslim tersebut mengoyangkan kepalanya dalam keadaan sedih. Ternyata tiada seorangpun di sini mempunyai persepsi dari segi deria tentang otak professor. Jadi, menurut undang-undang protokol empirikal, testable, demonstrable, sains, SAYA MENGISYTIHARKAN bahawa professor TIDAK BEROTAK."
hahahahahhaaaaaSEKARANG ADALAH PELUANG SETIAP ORANG UNTUK MEMPELAJARI TENTANG ISLAM, TENTANG TUHAN, TENTANG TUJUAN kewujudan, penciptaan dan kehidupan, TENTANG PARA NABI DAN TENTANG KITAB SUCI, TERUTAMANYA AL-QURAN. KEMUDIAN MENJADI PILIHAN KAMU UNTUK MENJADI SEORANG ISLAM ATAU TIDAK. ALLAH BERFIRMAN DI DALAM AL-QURAN: TIADA PAKSAAN DI DALAM AGAMA"
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [AL-BAQARAH: 256]Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindung nya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [AL-BAQARAH: 257]Pemuda muslim tersebut duduk ... kerana itulah tujuan kerusi dicipta!!!

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN
00. Kenali, Cintai, Rindui Allah s.w.t., Tuhan sekelian alam dan RasulNya Muhammad s.a.w.
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan usil dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah karena fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan shalat malam
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala
41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain
71. Jangan membiasakan berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3.anak perempuannya
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini
1. suaminya
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .
sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "