Friday, February 15, 2008

‘‘Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!”

‘‘Ampunkan dosa saya kerana abaikan ibu!”

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Jika patah tidakakan tumbuh lagi, jika hilang tiada berganti, dia satu-satunya di bumi ini,tiada dua atau tiga. Demikian besarnya martabat seorang ibu.Amatlah berdosa jika kita sebagai anak mengabaikan mereka, seperti manakemelut yang dilalui oleh Adi (bukan nama sebenar) yang berasal dari utaratanah air.Kata Adi, dia terpanggil menulis untuk berkongsi pengalamannya setelahmembaca kisah yang disiarkan dalam ruangan ini pada 17 Ogos lalu mengenaikehidupan seorang ibu yang terbiar.Kehadiran surat Adi berkongsi rasa dengan pembaca amat saya sanjung tinggi.Kisah Adi akan menjadi teladan buat diri saya serta pembaca agar menghargaiibu juga bapa kerana mereka satu-satunya harta paling berharga yang tiadatandingannya di dunia ini.

Begini kisah Adi: “Ibu saya berumur lingkungan 70-an dan saya pula 40-an.Saya anak sulung dalam adik-beradik seramai lima orang. Telah berkahwinselama 22 tahun dan mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan duaperempuan.“Saya juga mempunyai kerjaya yang stabil dan telah dua kali mendapatanugerah khidmat cemerlang. Memang saya sangat komited terhadap tugas,malangnya saya kurang komited terhadap ibu saya sendiri.“Bapa saya telah meninggal dunia 17 tahun yang lepas dan sejak itu ibutinggal seorang diri di rumah pusaka arwah bapa di kampung.“Pada masa itu saya bertugas jauh dari kampung. Atas rasa tanggungjawab keatas ibu, saya telah berusaha untuk bertukar ke daerah yang hampir denganrumah ibu untuk menjaganya.“Isteri saya juga bekerja. Tapi dia dilahir dan dibesarkan di bandar,manakala saya merupakan anak kampung sejati.“Seperti biasa bila orang bandar kahwin dengan orang kampung tentumengambil masa untuk serasi terutama bab kehidupan di kampung. Isteri kekokdengan persekitaran kampung yang serba-serbi kekurangan.“Bagaimanapun, saya telah berjaya memujuk isteri untuk mengikut sayatinggal di kampung dengan janji saya akan membina rumah baru yang serbamoden dan lengkap berdekatan rumah ibu saya.“Alhamdulillah, hajat kami bertukar ke kampung dimakbulkan Tuhan selepasdua tahun bapa saya kembali menghadap Ilahi. Seperti yang saya janji,sebuah rumah baru dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa yang jaraknyahanya 200 meter sahaja dari rumah ibu.“Disebabkan kesibukan bekerja serta mengurus persekolahan anak-anak, sayatidak ada masa untuk menjenguk ibu. Hajat saya menjaganya seperti rancanganasal berpindah ke kampung tidak sempat saya laksanakan. Ibu tetapkeseorangan.“Kalau pergi pun, seorang diri, isteri dan anak-anak kurang gemar ke sanaalasannya, rumah nenek kotor dan berbau. Maklumlah rumah kampung.“Bayangkan setelah 10 tahun menetap di kampung, isteri hanya menjenguk ibusaya sebanyak lima kali, itupun sekadar berdiri di muka pintu bertanyakhabar.“Nak masuk rumah dan minum, maaf lah! Alasannya tangan ibu saya tidakbersih, cawan masih melekat sabun, pinggan berbau hanyir dan macam-macamlagi. Apa lagi nak harapkan isteri tolong mengemas rumah ibu, jauh panggangdari api. Sebenarnya saya pun sama, merasa jijik dengan ibu sendiri, memangjika saya ke rumah ibu saya akan mengelak daripada minum dengan alasansudah minum. Saya terikut-ikut perangai isteri saya yang jijik.“Namun Tuhan Maha Berkuasa, dua tahun lepas saya telah diserang sakitjantung akibat perangai anak-anak. Yang lelaki terlibat dengan pergaduhandi sekolah, yang perempuan pula sangat lembam dalam pelajaran. Anak-anakyang dua lagi biasa-biasa sahaja tapi tetap ada masalah. Pendek kata tidakada yang boleh dibanggakan sedangkan saya telah banyak menghabiskan wangringgit dan masa menghantar mereka tuisyen sejak mereka di tahun tiga lagi.“Kebanyakan masa saya telah dihabiskan di atas jalan raya dengan menghantaranak-anak mengaji al-Quran, tuisyen, masuk kelab-kelab di sekolah sehinggasaya tidak ada masa untuk ibu sendiri.“Sepanjang masa saya terlantar di hospital saya telah bermimpikan arwahbapa yang datang dengan muka yang sangat sedih tanpa sepatah kata. Arwahbapa seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Selama tujuh malamberturut-turut saya mengalami mimpi yang sama. Saya mula resah dan menjaditakut.“Tertanya-tanya juga saya, apa yang ingin bapa sampaikan kepada saya? Sertamerta saya teringat kepada ibu yang saya abaikan. Saya menangissemahu-mahunya. Mungkin ini petunjuk terhadap kealpaan saya menunaikantanggungjawab sebagai anak.“Berhari-hari saya termenung dan berfikir. Mungkin inilah petunjuk Allahkepada saya. Lalu teringat juga saya akan anak-anak yang memberi masalahkepada saya dan isteri. Adakah ini balasan Allah kepada saya kerana tidakmenjaga ibu?“Selepas keluar dari hospital saya nekad untuk berubah dan memohon ampundaripada ibu. Saya benar-benar insaf dan menyesal. Saya bertaubat.“Lalu saya bercakap dari hati ke hati dengan isteri dan anak-anak. Sayajelaskan satu persatu akan masalah yang menimpa kami. Saya meminta isteridan anak-anak memberi kerjasama untuk membaiki keadaan hidup kami. Sayakatakan kepada mereka ujian yang kami hadapi disebabkan sikap mereka yangmengabai dan menghina ibu saya.“Syukur mereka menerimanya dengan baik. Kami menangis bersama-sama padamalam itu dalam suasana yang cukup syahdu. Ketika berpelukan saya, isteridan anak-anak berjanji akan berubah dan mengutamakan ibu saya dalam segalahal.“Bermula saat itu saya bertekad memasukkan agenda menjenguk ibu dalam rutinharian saya. Kami memujuk ibu tinggal bersama. Isteri turut menyokongtindakan saya. Cara ini memudahkan ibu dijaga dengan baik terutamakesihatannya.“Ibu akhirnya bersetuju. Tapi biasalah orang tua, bosan ditinggalkanseorang diri pada siang hari setelah kami semua keluar rumah.“Mujur ada rumah ibu saudara yang boleh saya tumpangkan ibu. Kebetulanrumahnya dekat dengan surau yang aktif mengadakan ceramah agama serta kelasmengaji untuk orang-orang tua. Balik kerja sebelah petang, saya ambil ibuuntuk dibawa pulang.“Ketika ini barulah saya teringat, apa yang saya buat sama seperti sayamenghantar anak ke nurseri pada siang hari dan mengambilnya selepas waktukerja pada masa lalu.“Lalu teringat saya, kalau saya boleh buat untuk anak, mengapa tidak bolehbuat yang sama terhadap ibu. Mengingatkan ini hati saya menjadi sebak dansayu apabila teringatkan apa yang telah saya buat kepada ibu sebelum ini.“Saya bersyukur kerana cepat sedar dan diberi peluang kedua untuk menebuskesilapan besar yang telah saya lakukan dalam hidup ini.“Saya benar-benar malu pada ibu dan diri sendiri. Saya harap ibu ampunkandosa saya. Semoga Allah menerima taubat saya dan membuka pintu hati sayauntuk terus berbakti kepada ibu selagi hayatnya dikandung badan. Kini sayabersyukur kerana diberi peluang kedua untuk memenuhi tanggungjawab sebagaianak terhadap ibu. Alhamdulillah...’’ begitu Adi menutup kisahnya.Dalam air mata yang masih bergenang di kelopak saya membaca kisah Adiberulang kali. Terasa amat sebak di dada. Termenung panjang sayamengenangkan keluhuran budi seorang anak yang mengaku akan dosa dankesilapannya terhadap ibu tersayang.Semoga anak-anak lain yang sedang atau telah mengabaikan ibu bapa merekacepat insaf dan bertaubat. Ingatlah, syurga itu di telapak kaki ibu.Kisah Adi besar iktibarnya kepada kita sebagai anak yang masih punya ibubapa. Hargailah mereka.Menutup kata: Keindahan adalah budi pekerti. Kebaikan adalah kebajikan dankeluhuran budi dan keelokkan itu adalah cara bagaimana kita bermain denganakal. Salam.

No comments: